Rupanya Inilah Mesin Sulam Yang Diperkatakan Oleh Mereka

Nak kongsi cerita ni, kisah mesin sulam pertama akak beli. Memang aim lama dah mesin sulam ni. Berangan macam-macam sebelum dapat. Nak sulam nama anak, sulam corak cecomel pada baju anak-anak, nak sulam biku baju kurung dan macam-macam lagi. Mesti cantik dan lain dari yang lain.

Awal tahun 2006 dapat duit bonus. Inilah masanya! Hati berbunga-bunga nak meminang si dia. Fikir 1000x. Nak beli? Tak beli? Nak beli? Tak beli? Bukan sikit-sikit duit nak meminang ni. Tanya suami. Memang bentangkan senarai panjang berkajang-kajang ayat-ayat yang ‘convincing’ dan ‘promising’. Bukan nak minta izin tapi lebih kepada nak dia setuju dengan pendapat akak je. Once dia kata OKAY je, time ni memang akak lompat bintang. Bertambah-tambahlah kasih-sayang.

Si dia segera kupinang. Bayaran tunai tak hutang. Sebab kalau hutang (ansuran) mesin hanya akan dapat selepas habis bayaran. Mana boleh tunggu dah. Perasaan tak sabar dah membuak-buak..Dipendekkan cerita awal 2006 tu dengan bangganya akak bawak balik mesin sulam idaman hati. Janome MC350e. Bermulalah projek sulam-menyulam pada segala towel dan baju anak-anak. Indahnya dunia sulam mesin ni. Macam-macam boleh dibuat rupanya ikut pada kreativiti.

Memang tak menyesal beli. Dari asalnya hanya nak menyulam baju anak-anak akhirnya menjadi sumber pendapat sampingan. Balik modal dan dapat untung berkali-kali. It’s worth it.

Rosilawati Wahid
Kongsi pengalaman sulam mesin
t.me/sulammesin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *