Tips Sulam Mesin

PERALATAN DAN BAHAN UNTUK SULAM MESIN

PERALATAN DAN BAHAN UNTUK SULAM MESIN

Pertama-tama memang kena ada mesin sulam berkomputer berserta aksesorinya sekali. Ikut model masing-masing ya sebab hoop juga berbeza bentuk.

Ada yang tanya, dia ada mesin sulam sahaja dengan bahan menyulam, boleh ke nak menyulam?Jawapan akak, BOLEH. Dalam mesin dah memang ada design sedia ada. Boleh je guna. Font pun ada juga dalam mesin tu..ON mesin, pasang embroidery arm, pilih design, pasang benang atas dan benang bobbin, pasang hoop yang dah letak fabrik kemudian kita START. Tunggulah sampai siap.

Yang jadi isu bila kita nak design lain yang lebih cantik dan unik, tak mau guna yang dok ada dalam mesin. Kita ni kan kreatif, yang dok ada dalam mesin tu standard ja, jadi perlulah ada tambahan peralatan yang lain.

Jadi, inilah senarai peralatan dan bahan yang kena ada untuk bisnes sulam ni. Peralatan ni sifatnya sekali beli masa awal-awal je, bahan-bahan lain tu kita tambah mengikut keperluan semasa. Tak perlu semua nak ada serentak.

1. Mesin sulam berkomputer
– Tentulah kena ada mesin sulam berkomputer. Jelas lagi nyata.

2. Embroidery arm dan hoop
– Aksesori ni datang sekali dengan mesin sulam. Hoop boleh beli extra jika perlu bagi mempercepatkan kerja terutama jika kita menerima tempahan pukal.

 

3. Komputer / Komputer riba
– Untuk download design dan memindahkan design dari komputer ke mesin sulam. Cara memindahkan design samada dengan menggunakan cable terus ke mesin sulam atau perlu menggunakan USB-flashcard. Asingkan komputer kerja dengan komputer peribadi.

4. Embroidery software
– Untuk convert design dalam format mesin boleh baca. Atau bagi yang menghasilkan design sendiri software juga merupakan komponen utama. Software ada macam-macam jenis, ada yang bertujuan untuk view sahaja, ada yang boleh susunatur design dan ada yang berfungsi menghasilkan design dari awal.

5. Peralatan dan bahan
– Keperluan untuk kerja-kerja menyulam. – Benang sulam (jenis polyester atau rayon)- Benang bobbin (lebih halus dari benang jahit biasa)- Jarum (mengikut projek sulaman)- Gunting (gunting melemgkung)- Stabiliser (tear away, cut away, water soluble stabiliser dll)- Water solluble fabric marker dll

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *